Kenapa Rahim Jadi Bengkak (Fibroid @ Cyst?)


Apa puncanya rahim membengkak-Fibroid@ Cyst

Isu rahim bengkak ni tengah "Hot" sekarang. Saya jadi ''Ingin Tahu''.Kenapa rahim membengkak?Jom baca..Ini hasil pembacaan saya dari laman web dan Facebook Dr Malinda Mohd Ali, Dr Zubaidi dan Dr Hamid Arshat.
Istilah ''rahim bengkak'' adalah yang lemah. Doktor akan beritahu dimana punca yang menyebabkan rahim membesar. Sama ada ketulan dikesan dan dimanakah kedudukan ketulan itu di dalam rahim.Ada juga yang keliru antara Uterine Fibroid atau Ovarian cyst.Dua- dua ni sering diperkatakan sebagai masalah ''rahim bengkak''. Cuba perhatikan kedudukan rahim dan di mana letaknya ovari. Beza kan?





Sebelum tu, anda lihat video di bawah ini sampai habis.



VIDEO


Uterine Fibroid

Tak semua masalah fibroid yang dialami wanita itu ada tanda-tanda yang mereka ada fibroid. Berdasarkan kajian 20-50% wanita ada sekurang-kurang nya 1 fibroid dan kebanyakan mereka tidak pernah tahu ataupun mereka tak pernah di diagnosis oleh mana-mana doktor disebabkan tidak mengalami sebarang simptom. 99% daripada kes Uterine fibroid, ianya bukan jenis kanser.


Ovarian Cyst

Ovarian Cyst ialah kantung yang ada cecair dan berada di dalam kilang ovari. Cyst ni adalah sejenis tumbuhan (Ia mengalami pertumbuhan dan semakin membesar) dan juga boleh mengandungi cecair/ fluids, sama ada air, cecair yang bercampur dengan protein, darah beku, darah haid, minyak dan lemak ataupun lendir.Cyst ni juga boleh disertai dengan tumbuhan daging yang mungkin jenis kanser, rambut, cartilage, tulang atau lain-lain.
"Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah yang menyebabkan Uterine fibroid atau Ovarian Cyst ini boleh terjadi. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa suppliment'' - Dr. Malinda.

Ada beberapa kajian yang jelas menunjukkan bahawa fibroid atau Cyst ini berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di bawah ini antara faktornya:-


1. Estrogen yang berlebihan (Estrogen Dominance)

Ini disebabkan pertumbuhan fibroid dan cyst bergantung pada estrogen. Wanita berisiko mendapat fibroid atau cyst kalau hormon estrogen dan progesteron dalam badan wanita tidak seimbang. Hormon yang tidak seimbang ini terjadi pada mereka yang ada masalah PCOS dan Endometriosis yang boleh menyebabkan ketidaksuburan atau infertiliti. Pil perancang atau contraceptive juga punca kepada fibroid atau cyst sebab ia menyebabkan hormon estrogen jadi tidak seimbang.


2. Kandungan Xenostrogen dalam badan yang tinggi.

Xenostrogen adalah ''estrogen sintetik'' yang membawa maksud ia boleh membawa persekitaran dalam makanan, air, bahan kimia dari industri ataupun produk penjagaan kecantikan. Walaupun bukan bukan estrogen yang sebenar, tetapi ia masih boleh menggangu ataupun rangsang fungsi estrogen dalam tubuh kita. Xenostrogen boleh berada dalam phthalates.(iaitu suatu bahan dalam plastik atau getah), racun serangga (pesticides), tembakau dan banyak lagi.


3. Berat badan yang berlebihan atau obesiti

Bila berat badan berlebihan bermakna badan kita mengandungi lemak berlebihan. Sel lemak juga berupaya menghasilkan sejenis estrogen dengan bantuan enzim iaitu estrone. Lebih-lebih lagi bila berat badan kita berlebihan, maka lagi banyak lah sel lemak berupaya untuk menghasilkan estrone. Estrone ini dipanggil ''bad estrogen'', dikatakan punca sebenar kanser. Estrone satu-satunya hormon estrogen yang ada setelah menopous. Selain daripada itu, lemak juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang dalam badan.


4. Genetik atau keturunan

Jika anda ada sejarah keluarga yang ada penyakit yang sama, anda juga berisiko sama.


Simptom fibroid atau cyst

- ada masalah kesuburan
- kerap rasa nak terkencing atau tak boleh kawal kencing
- haid yang tak teratur atau berpanjangan 
- sakit perut
- sakit ketika hubungan kelamin
- perut kembung atau membuncit
- pendarahan abnormal


Nasihat untuk mengelakkan fibroid - Dr. Hama arshat

1. Jika ada salah seorang ahli keluarga anda yang ada penyakit ni, perlulah ambil langkah berjaga-jaga dari awal.  Genetik memainkan peranan semua jenis penyakit khususnya ketmbuhan, kanser, diabetes, darah tinggi dan lain-lain.

2. Kawal paras hormon estrogen.

3. Kawal pengambilan makanan yang ada gula, minyak dan lemak berlebihan sebab ia dapat merangsang lagi penghasilan estrogen. Ambilah makanan yang ada natural progesteron antaranya ialah keladi liar dan keledek merah dan ungu.Dan makan dalam 2-3 kali seminggu sebagai gantian nasi.

4. Hindari meminum air dalam bekas plastik kerana ia mengandungi phatalates yang boleh menghasilkan xenoestrogen. Jangan memanaskan makanan atau air di dalam bekas plastik di dalam microwave.Kena kurangkan juga pengambilan makanan dalam tin.

5. Jauhkan penggunaan insecticide, herbicide dalam rumah atau dihalaman rumah. Latih diri guna bahan-bahan organik untuk tujuan trim sayuran.Sama juga produk penjagaan diri, bahan pencuci dapur dan rumah, seboleh-bolehnya ubah kepada yang organik.

6. Amalkan pengambilan daging haiwan organik, sebab lebih selamat untuk penghidap fibroid, dan endometriosis.

7. Jauhi caffeine, sunflower seeds, kunyit, buah pala yang mungkin boleh menggalakkan pertumbuhan fibroid.

8. Jauhi produk yang ada paraben. Ganti cari yang menggunakan minyak sayur sebagai pengawet.


Bagaimana dengan produk saya? saya akan share di entri yang seterusnya nanti.

Yang peenting, mesti dapatkan konsultasi daripada pengedar Shaklee ataupun pengedar produk kesihatan yang benar-benar tahu akan masalah kesuburan yang anda hadapi. Tak kesemua supplement itu sesuai untuk semua jenis masalah. Jika pengedar tak tahu, carilah pengedar lain. Sebabnya, anda bertanggungjawab atas apa yang anda masukkan ke dalam bdan anda.

Hubungi saya untuk penjelasan lanjut mengenai produk Shaklee yang bersesuaian dengan masalah kesuburan anda.

Rozi Tel/Whatsapp 019 297 0796

Comments

Popular posts from this blog

3 Produk Untuk Mengelakkan Rahim Jatuh secara selamat.

KENCING KOTOR SEMASA HAMIL

PENGEDAR SHAKLEE KAWASAN TTDI, DAMANSARA PERDANA, KOTA DAMANSARA, BANDAR UTAMA, SG BULOH, DAMANSARA UTAMA, PUCHONG, SELAYANG, KEPONG, DAN KAWASAN SEKITARNYA.